Wednesday, August 1, 2012

Soalan Sukar – 98% Orang Di Dunia Tak Dapat Jawab?

Assalamualaikum u olls...
Smlm aku rasa telah mencipta rekod dengan membuat sesuatu yg berfaedah dengan bermain game menguji minda..waahhh..kalau mak aku ke cikgu sekolah aku yg suka katuk kepala dulu tau ttg hal ini mst mereka akan menjerit krn bangga aku akhirnya buat sesuatu yg berguna utk menguji minda..tapi serius mmg menguji minda.aku xtidur gara2 mende alah ni. *clap2 hand* aku rasa geram je selagi xdapat selesaikan soalan ni.aku xtau la kalau korang penah try wat dan berjaya maknanya korang hebat mcm aku jgk *memandang ke siling* ha bg korang yg tertanya2 ape yg aku bebelkan ni?jom tgk apa benda yg aku merapu dr tadi..cekkidout~!

Katanya org tua ni la Albert Einstein *hoi org tua ko ckp?!*

Soalan ni merupakan soalan yang dikeluarkan oleh Albert Einstein sebelum dia meninggal pada abad yang lalu, dia menyatakan seramai 98% orang di dalam dunia ni tak dapat jawab soalan ni..hanya 2% sahaja orang yang dapat jawab? jadi adakah korang termasuk dalam 2% tu? cuba jawab soalan ni..jawab dengan jujur dan jangan gunakan sebarang alternatif yang lain!

Ini merupakan soalan tersebut :-

~ Ada 5 buah rumah yang masing-masing memiliki warna berbeza.
~ Setiap rumah dihuni seorang lelaki dengan bangsa yang berbeza-beza.
~ Setiap penghuni menyukai satu jenis minuman tertentu.
~ setiap mereka merokok rokok berlainan dan memelihara satu jenis haiwan tertentu.
~ Tidak ada satupun dari kelima orang tersebut yang minum minuman yang sama, merokok rokok yang sama dan memelihara haiwan yang sama seperti penghuni yang lain.


SOALANNYA : SIAPAKAH YANG MEMELIHARA IKAN ??

Antara petunjuk yang di beri :

1. Orang Inggris tinggal di dalam rumah berwarna merah.
2. Orang Sweden memelihara anjing.
3. Orang Denmark suka minum teh.
4. Rumah berwarna hijau terletak tepat disebelah kiri rumah berwarna putih.
5. Penghuni rumah berwarna hijau suka minum kopi.
6. Orang yang merokok PallMall memelihara burung.
7. Penghuni rumah yang terletak di tengah-tengah suka minum susu.
8. Penghuni rumah berwarna kuning merokok Dunhill.
9. Orang Norway tinggal dirumah pertama.
10. Orang yang merokok Marlboro tinggal disebelah orang yang memelihara kucing.
11. Orang yang memelihara kuda tinggal disebelah orang yang merokok Dunhill.
12. Orang yang merokok Winfield suka minum bir.
13. Disebelah rumah berwarna biru tinggal orang Norway.
14. Orang Jerman merokok Rothmans.
15. Orang yang merokok Marlboro berjiran dengan orang yang minum air.

Ok, sekarang anda dah dapat soalan berserta petunjuk tersebut, jadi

SOALANNYA : SIAPAKAH YANG MEMELIHARA IKAN ??

Hah!terkejut kan?bakpe susoh sgt soalan ni?!! sbr org kg sabar..bes tau buat mende ni..try la! :D
Jgn tgk bwh selagi korang xselesaikan soalan ni tau..


~
~
~
~
~
~
~
~

Haaa..cengkelat lew tu..tau da..haha..aku pn try wat sampai dua jam tau x..

Tadaaa!ko nmpk x betapa gigihnya aku disaat itu?

Ha ni la hasil aku buat..ape?hebat?well *hidung kembang2*
ok la..kalau yg belum cuba,cuba tau..


2 comments: