Wednesday, December 26, 2012

Kisah Cinta Sedih : Perbezaan Taraf Ilmu

Seorang budak lelak kurang ilmu mencintai seorang gadis yang tinggi ilmunya yang juga merupakan anak imam masjid. Satu hari budak itu melamar gadis itu. Kemudian gadis itu berkata:

"Dengar sini! Ilmu awak cuma setakat darjah enam! Berbanding saya pelajar Universiti Al-Azhar. Macam mana saya nak terima awak?! Bagaimana awak boleh terfikir bahawa saya mahukan awak? Saya tidak menyukai awak kerana saya adalah anak kepada imam masjid Kampung Pisang. Jadi lupakan saya dan cari orang yang sama taraf dengan awak! "

Tetapi entah bagaimana budak lelaki tersebut tidak dapat melupakannya begitu mudah..10 tahun kemudian...

Satu hari mereka bertembung di sebuah pusat tahfiz. Gadis itu berkata,

"Assalamualaikum wbt! Eh awak! apa khabar? Sekarang saya sudah berkahwin. Adakah awak tahu siapa suami saya? Suami saya adalah lepasan Al-Azhar. Awak boleh bayangkan? Dan dia juga sangat soleh."

Mata lelaki itu didapati basah dengan air mata setelah mendengar kata-kata gadis itu. Selepas beberapa minit, suaminya datang namun sebelum gadis itu sempat mengatakan sesuatu kepada lelaki itu, suaminya bersuara apabila melihat lelaki itu dihadapan isterinya.

"Tuan syeikh! Laa Anta disini jugak?? kenalkan..isteri ana.."

Kemudian berkata kepada isteri beliau..

"Ana amat terhutang budi kepada jasa tuan syeikh kerana banyak memberi dan mengajar ilmu agama kepada ana. Kalaulah tanpa tuan..dan ingin tahu satu fakta?? tuan syeikh ini mencintai seorang gadis tetapi ditolak.. Itulah sebabnya mengapa dia masih belum berkahwin. Sungguh bertuah gadis dihatinya bukan??"

KOMEN ANDA? :)






4 comments: