Friday, December 28, 2012

Isteri Solehah yang mahu memandikan jenazah suaminya




Seorang isteri menangis2 nak mandikan jenazah suaminya. Bapa mertua dan polis forensik xbagi..sambil menangis isteri berkata,

"ini janji antara kami suami isteri.Jika abg mati dulu, kamu (si isteri) mandikanlah jenazah abang. Andai kamu mati dulu dari abang, abang akan mandikan jenazah kamu"

Dari luar bilik mayat hospital, seorang ustaz masuk bertanya apa yang telah terjadi kemudian ustaz itu membenarkan jika si isteri nak mandikan jenazah suaminya.Ustaz tadi bersama beberapa orang lagi temankan si isteri mandikan jenazah suaminya.

Dengan tenang isteri membasuh muka suaminya sambil berdoa,
"Inilah wajah suami yang ku sayang tetapi Allah lebih sayangkan abang. Moga Allah ampunkan dosa abang dan satukan kita di akhirat nanti"

Membasuh tangan jenazah suami sambil berkata,
"Tangan inilah yang mencari rezeki yang halal untuk kami, amsuk ek mulut kami, Moga Allah beri pahal untuk suami ku.."

Membasuh tubuh jenazah suami sambil berkata,
"Tubuh inilah yang memberi pelukan kasih sayang pada ku dan anak2 ku. Moga Allah beri pahala berganda untukmu wahai suamiku.."

Membasuh kaki jenazah suami sambil berkata,
"Dengan kaki inilah abang keluar mencari rezeki untuk kami, berjakan dan berdiri sepanjang hari semata-mata untuk mencari sesuap nasi, terima kasih abang. Moga Allah beri kau kenikmatan hidup di akhirat dan pahala yang berlipat gandanya.."

Selesai memandikan jenazah suaminya, si isteri mengucup suaminya dan berkata,
"Terima kasih abang kerana aku bahagia sepanjang menjadi isterimu dan terlalu bahagia..terima kasih kerana meninggalkan aku bersama permata hatimu yang persis dirimu..dan..aku sebagai seorang isteri redha akan pemergianmu kerana kasih sayang Allah padamu.."

Betapa sucinya hati seorang isteri kepada suaminya... :')


3 comments: