Thursday, February 28, 2013

Edisi Lightroom lagi

Ha lama aku xmain edit2 gambo..then try usha2 album gi Legoland terjumpa satu gambar yg aku ase nk try edit..

Memilih tema 'ku dipenjara janji boley?'

Pastu blur xtau nak wtpe je kt pic ni..try godek2 kt lighroom plak..jd la hasil simple camni haa..


Pastu ase cm suram je try plak main2 kt Photoscape lak...

Konon2 nk jd style vantage gituu

Pastu gedik2 kat Pixlr-o-matix pulak u olls~~

mcm nk kasi vavavoom ckit lah ja

Cuba utk buat kelainan, akhirnya jd cenggini...hee~

bajet inilah hasil plg hebat di abad ini

Itu jela yg aku reti pn.tak gempak mane pn.sob3~ *berlari

Sunday, February 3, 2013

Cover Heaven Can't Wait




Wahaha..sile jgn gelak..tp dengar senyap2 sambil gentel rambut pn xpe..

Wednesday, January 30, 2013

Alasan-alasan Clash Cara Student


Student Kimia : "Saya banyak terdedah dgn bahan kimia, saya takut tak dpt beri zuriat. Kita berpisah eh?"

Student Fizik : "Saya belajar pasal fizik kuantum yg tak nampak, jadi saya tak nampak awak dlm diri saya. Kita clash"

Student Matematik : "Saya dah buat kira-kira guna limit function, mmg sampai sini saja limit perhubungan kita"

Student Biologi : "Maaf, saya dah jatuh cinta dengan serangga dan tumbuh-tumbuhan. Bukan dgn awak lagi" 

Student Pergigian : "Saya tahu yg cinta awak palsu sepalsu gigi palsu! Nyenyenye." 

Student Perundangan : "Talk to the hand, see you in court!" 

Student Sains Politik : "Awak dah tahu saya ni Pro-Aspirasi, yang awak undi Pro-M pasal apa? Kita break!!" 

Student Seni : "Gaya awak tak cukup abstrak untuk menambat hati saya. Maaf" 

Student Pengajian Islam : "saya solat istikharah malam tadi dan sorry, awak tak ada dalam petunjuk masa depan saya"


Student Perdagangan : "Harga cinta awk sy xmampu beli,keuntungan sy sikit je.kita clash.sy takut rugi.

Student Sejarah : "Mungkin sejarah hidup kita xsama dgn sejarah keturunan keluarga kita.Kita clash sbb tak nak sejarah berulang

Student IT : "maaf..RAM hati sy xcukup utk simpan cinta awk dan banyak virus yg mungkin awk xdpt detect

Student Medic : "saya impotent.maaf T_T "

Student Sukan : "Saya suka tendang2, tampar2, pukul2, meh la couple..ade bran??"

Student Moral : "xde moral punye org..hei budi bahasa budaya kita tau..kita clash!"

*Hanya rekaan semata-mata..jgn maraa :P



Tuesday, January 29, 2013

Ayah ingat ayah tu raja?!!


Dulu waktu aku kecik-kecik dalam area umur 9 or 10 tahun seingat aku, ayah suka suruh wat itu la,wat ini la..sampai lama2 aku rasa bengang plak ngan ayah..mana taknye,sikit2 aku je yg kene wat keje..sekali ngan abang kakak aku pn nk bedal membuli xnak kalah..ewah2..mentang2 aku anak bongsu.sikit2 nk buli..beginilah naseb ank kecil yg tdk berdosa ini..sob sob~ pastu,pada satu hari,aku tanya kat mak aku..

"mak,ayah tu suke suruh adik buat macam-macam.ayah ingat die tu raja ke nk suruh2 adk??"

mak aku tersnyum je lalu menjawab..

"adik..ayah kita mmg macam raja pun kt rumah ni..ayah kn ketua rumah..penat mencari rezeki utk kita sekeluarga..kang adk jgk nangis2 suruh beli jajan.ayah jgk yg beli..kan?mmg kita kene layan ayah mcm raja..tugas seorang bapa kan memimpin keluarga supaya menjadi yg terbaik..jadi tugas kite sebagai ank, kene la hormat ayah sebagai bapa..kita kene la ikut semua cakap ayah.."

Lepas je dgr penjelasan mak,baru la aku faham..terus xpenah nk rasa bengang da..aku bersyukur masih mempunyai seorang bapa yg gigih sampai skrg..umur ayah saya dah 68 tahun dah tahun ni.. :)

ayah waktu zaman muda.iya..inilah pakcik ghulam ye kwn2 sume..kacak ala2 shah rukh khan kn? *wajib kata ya!


Ok bila dah tua mcm amitabh bachan plak..iye..iye kn saja..

save the memory :)



Oh PAPA, I LOVE YOU :)
Thanx 4 de reading~


Tuesday, January 1, 2013

‎5 PETUA MENCARI CALON SUAMI YANG BAIK



1) Pilih yang baik dan beragama
Agama adalah tersangat penting kerana ia mendidik kita untuk menjadi insan yang lebih baik. Kalau xde agama, takdelah pegangan dalam hidup, kan?
Nak didik anak bini pun susah nnt kalau takde pegangan agama. Ini kau suruh baca doa makan time2 tu la die nk ke toilet.ha nmpk x permainannya disitu?

2) Cari yang sabar dan penyayang
Semasa tgh berdating, mungkin anda dah blh nilai perangan teman lelaki anda kan? penyabar ataupun pemarah? Cuba uji misalnya berpura-pura buat benda yang dia tak suka ke, masa tu la nk tgk dia melenting ke tak. Kalau dia marah faham-faham la mungkin si dia panas baran. Mungkin blh cuba dgn cara cabut misai dia tetibe?

3) Jangan nilai pada rupa
'Don't judge a book by it's cover'. Ataupun nilai buku melalui kulitnya saja! sbb kecantikan luaran ni sementara sahaja. Mungkin rupa si dia ni mcm rupa org pecah rumah, tp mungkin hatinya baik (bukn pecah kaca pecah gelas tau)

4) Berperangai elok
Kalau muka hensem mcm Tom Cruise tp perangai tak senonoh, nk wat pe kan? Ingatlah kalau kita dah tua, muka pn sama-sama kedut jugak. Time tu nk naik tangga pun sama2 mintak pegang tgn sbb mmg sama2 xlarat.

5) Hormat orang tua
Sememangnya kita nak calon suami yg bukan saja taat mak ayah dia saja, tapi juga hormat pd org tua kita, kan? Jadi, kalau si dia dtg rumah, perhatikanlah tingkah laku dia pada mak bapak kita pula. Dia hormat ke atau kurang ajar, lihat bagaimana cara dia mengambil hati mak & ayah kita.


kerana dirimu begitu berharga *tetibe

Friday, December 28, 2012

Isteri Solehah yang mahu memandikan jenazah suaminya




Seorang isteri menangis2 nak mandikan jenazah suaminya. Bapa mertua dan polis forensik xbagi..sambil menangis isteri berkata,

"ini janji antara kami suami isteri.Jika abg mati dulu, kamu (si isteri) mandikanlah jenazah abang. Andai kamu mati dulu dari abang, abang akan mandikan jenazah kamu"

Dari luar bilik mayat hospital, seorang ustaz masuk bertanya apa yang telah terjadi kemudian ustaz itu membenarkan jika si isteri nak mandikan jenazah suaminya.Ustaz tadi bersama beberapa orang lagi temankan si isteri mandikan jenazah suaminya.

Dengan tenang isteri membasuh muka suaminya sambil berdoa,
"Inilah wajah suami yang ku sayang tetapi Allah lebih sayangkan abang. Moga Allah ampunkan dosa abang dan satukan kita di akhirat nanti"

Membasuh tangan jenazah suami sambil berkata,
"Tangan inilah yang mencari rezeki yang halal untuk kami, amsuk ek mulut kami, Moga Allah beri pahal untuk suami ku.."

Membasuh tubuh jenazah suami sambil berkata,
"Tubuh inilah yang memberi pelukan kasih sayang pada ku dan anak2 ku. Moga Allah beri pahala berganda untukmu wahai suamiku.."

Membasuh kaki jenazah suami sambil berkata,
"Dengan kaki inilah abang keluar mencari rezeki untuk kami, berjakan dan berdiri sepanjang hari semata-mata untuk mencari sesuap nasi, terima kasih abang. Moga Allah beri kau kenikmatan hidup di akhirat dan pahala yang berlipat gandanya.."

Selesai memandikan jenazah suaminya, si isteri mengucup suaminya dan berkata,
"Terima kasih abang kerana aku bahagia sepanjang menjadi isterimu dan terlalu bahagia..terima kasih kerana meninggalkan aku bersama permata hatimu yang persis dirimu..dan..aku sebagai seorang isteri redha akan pemergianmu kerana kasih sayang Allah padamu.."

Betapa sucinya hati seorang isteri kepada suaminya... :')


Wednesday, December 26, 2012

Kisah Cinta Sedih : Perbezaan Taraf Ilmu

Seorang budak lelak kurang ilmu mencintai seorang gadis yang tinggi ilmunya yang juga merupakan anak imam masjid. Satu hari budak itu melamar gadis itu. Kemudian gadis itu berkata:

"Dengar sini! Ilmu awak cuma setakat darjah enam! Berbanding saya pelajar Universiti Al-Azhar. Macam mana saya nak terima awak?! Bagaimana awak boleh terfikir bahawa saya mahukan awak? Saya tidak menyukai awak kerana saya adalah anak kepada imam masjid Kampung Pisang. Jadi lupakan saya dan cari orang yang sama taraf dengan awak! "

Tetapi entah bagaimana budak lelaki tersebut tidak dapat melupakannya begitu mudah..10 tahun kemudian...

Satu hari mereka bertembung di sebuah pusat tahfiz. Gadis itu berkata,

"Assalamualaikum wbt! Eh awak! apa khabar? Sekarang saya sudah berkahwin. Adakah awak tahu siapa suami saya? Suami saya adalah lepasan Al-Azhar. Awak boleh bayangkan? Dan dia juga sangat soleh."

Mata lelaki itu didapati basah dengan air mata setelah mendengar kata-kata gadis itu. Selepas beberapa minit, suaminya datang namun sebelum gadis itu sempat mengatakan sesuatu kepada lelaki itu, suaminya bersuara apabila melihat lelaki itu dihadapan isterinya.

"Tuan syeikh! Laa Anta disini jugak?? kenalkan..isteri ana.."

Kemudian berkata kepada isteri beliau..

"Ana amat terhutang budi kepada jasa tuan syeikh kerana banyak memberi dan mengajar ilmu agama kepada ana. Kalaulah tanpa tuan..dan ingin tahu satu fakta?? tuan syeikh ini mencintai seorang gadis tetapi ditolak.. Itulah sebabnya mengapa dia masih belum berkahwin. Sungguh bertuah gadis dihatinya bukan??"

KOMEN ANDA? :)