Friday, October 19, 2012

Chord and lirik Terima Kasih By IAmNeeta

Intro : Dm G C Am

Dm        G         C             Am          Dm
Tidak pernah ku rasa perasaan yang begini
G               C       Am
tulusku mencintaimu
Dm        G         C          Am
semua kerna dirimu ku berubah
Dm                     G           C      Am
hidup ini penuh dengan senyuman

c/o:
C                   Am
Oh sayang, datanglah
Dm                G
kuinginkan dirimu
C               Am
dekatlah padaku
Dm                G
kurindukan pelukmu

C                         Am   Dm
Terima kasih atas segalanya
G                 C               Am       Dm
yang telah kau beri amat ku hargai
G                               C           Am
setiap ku simpan di dalam hati
Dm       G     C       Am
penuh riang tawa mesra
Dm     G         C
terus terukir dihati

Dm                   G
siapa sangka kan bahagia
C               Am
bila dulu pernah luka
Dm                  G
cinta datang tak diduga
C          Am      Dm
bawa hingga syurga






*Oh addicted sungguh aku dgn kumpulan ni.nnt nk try wat cover lagu ni la :)

Wednesday, October 10, 2012

kisah jodoh?Belajar untuk bersyukur ok?

Assalamualaikum..

Pernah tak korang terfikir tentang jodoh korang nnt mcm mana?mst ada kan?mcm aku la..selalu berangan nk yg mcm ni la..mcm tu la..bnd lumrah kot.huhu..ada dari kalangan kita yang mmg sedang mencari jodoh mereka masing-masing cumanya masih belum ada rezki nak jumpa. Kau pergi mana-mana mst tanya 'eh ada x kawan2 yang single?bak mai satu'.walaupun dgn nada-nada bergurau tapi kot2 dpt sorang dua mana nak tau kan.haha..kalau diceritakan tentang jodoh mmg blh jd panjang kannnn

Tapi pernah tak korang membayangkan dari sudut keadaan lain pulak? Macam mana kalau orang yang terlalu banyak pilihan untuk dibuat? pun pening jugak jadinya.. *aku xcakap pasal aku tau.ini cerita umum* bila fikir balik pening jgk jadinye weh.kau buat baik dekat orang..mmg jenis yg suka berkawan.eh2 tetiba secara xsedar telah memberi harapan pada orang tu.sedangkan kau mmg suka berkawan mcm biasa dgn semua orang.cuma kau xperasan kawan kau tu blh jd menyimpan perasaan tu kat kau.. :(

itu la aku rasa kadang2 jd diri sendiri pn susah.contohnya kalau dah sifat kau memang jenis seorang yang kebudak-budakan and then jenis manja, mmg la orang cakap 'ala dah mmg diri kau mcm tu.nak wat mcm mana' benda mmg kau da cuba control kot..igt suka2 je ke boleh manja2 dgn semua orang..kalau dengan kawan2 yela mmg da kenal dgn sifat kau yang mmg cenggitu manjanya.kalau orang luar yang baru kenal? 'alahai manjanya~ ' seriusly itu bukan perasaan yang best. sebab kalau boleh cuba utk control diri ini sebaiknya supaya tidak keterlaluan di khalayak ramai. tapi apa kan daya..aku mmg dah terdidik dengan karakter manja itu dr rumah dan dari kecik lagi.. :( Jangan ckp aku xcuba utk berubah ya..aku mmg cuba..bila bercakap dgn orang luar aku cuba untuk bercakap dgn gaya matang *matang la sgt* bukan xcuba..mmg tengah cuba..

Jadi bila difikirkan  balik kepada kamu2 atau aku sekalipun kalau yang belum sampai jodoh tu, jangan la risau.Ajal maut jodoh pertemuan semua Allah dah tetapkan..Sampai masa nnt sampai la jodoh kita tu ye anak2 *tetibe jd mak2* percayalah..nnt kau la org yg paling bahagia..bersyukur kan jadinya?tinggal tunggu waktu yg tepat je jodoh tu sampai :)

Walau apa pun keadaan kita, belajar la utk bersyukur..kalau kita rasa kita kekurangan, cuba untuk atasi kekurangan tersebut.Cuba untuk berubah..itu la apa yang aku sedang usahakan sekarang :)

P/s: aku ni ikut aje pilihan mak ayah.dah komfem2 dpt restu.mak ayah redho, aku pn stuju! :)

Thursday, October 4, 2012

CARPAL TUNNEL SYNDROME.


MESTI BACA!!

Adakah anda sering lakukan seperti ini?








Carpal Tunnel Syndrome adalah penyakit dimana berlaku tekanan pd pergelangan tgn disebabkan penggunaan tgn untuk tempoh yg lama pd PERGERAKAN yg berulang2/dan apa2 keadaan yg compress saraf di tgn spt trauma,obes dll. Rasa sakit/kebas/mencucuk-cucuk pd pergelangan tangan/ tak boleh pegang barang tuk masa yg lama adalah salah 1 SIMPTOM..Selalu terjadi pada Cikgu/Orang yg selalu menaip,menulis,melukis (yg kerap guna tangan).

Boleh cuba test ini (phalen test) di SINI sebagai cara untuk tahu sama ada anda ada penyakit ini ke tidak. Maybe nampak remeh.Tapi kalau dibiarkan, boleh jadi teruk dan terpaksa DIBEDAH. Gambar dibawah menunjukkan senaman tuk penyakit ni.


Penyakit ini sebenarnya bukan hanya akibat terlalu banyak menggunakan tangan. Melihat pada anatomy tangan, saraf yg dikenali sebagai "Median Nerve" secara normalnya melalui pergelangan tangan dan berakhir pada tiga jari iaitu ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah. Dalam perjalanan ke jari2 tersebut, di pergelangan tangan, ia melalui Carpal Tunnel iaitu tulang2 pergelangan tangan di bawah saraf "Median Nerve" dan tendon2 otot jari-jemari di atas. Keadaan ini meningkatkan risiko saraf ini tersepit di antara dua struktur tersebut. 

Simptom2 yg dikenal pasti ialah rasa semut2, sakit, kebas, grip lemah semua melibatkan jari2 yg disebutkan. Apa2 keadaan yg blh menyebabkan saraf ini 'Compress' menyebabkan CTS. Misalnya arthritis, trauma, dll. Walaubagaimanapun, pergerakan fizikal yg berulang2 dan terlalu lama blh menyebabkan inflammation. Inilah yg menyebabkan saraf tersepit. tetapi perlu diingatkan, ada juga kes penyakit ini belaku secara idiopathic, yakni tdk dpt dikenal pasti puncanya. 

Antara penyelesaiannya ialah CTS surgery. membuka ruang lebih didlm Carpal Tunnel supaya Median nerve tdk tersepit lg. Ataupun selalunya diberi snti-inflammatory drugs. tapi, mkn ubat secara chronic tdk digalakkan.


Takkan dah jd mcm ni baru nk berubah?xmau u olls xmau tauu *gaya nyah*
ok la renung2 kan dan selamat beramal!

sumber: DARI SINI LA~


Saturday, September 29, 2012

‎30 Perkara Perempuan tak Sempat Bagitau Lelaki

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diriwanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akanlakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan i! ni dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

*saje nak berkongsi apa yg aku dapat ^_^

Thursday, September 13, 2012

Hati perempuan mmg sgt lembut kan?


Pernah tak korang rasa hati ni sayu sangat..rasa nak menangis je..penah x? *soalan khusus utk kaum hawa
Semalam aku rasa perasaan mcm ni..sayu sgt2..sedih je..xtau knp..mula-mula igt nak tahan je.rasa mcm xkacak je menangis.tp apa kan daya..aku seorang wanita yang hatinya sangat lembut..


Jenuh aku fikir kan.apa yang aku sedihkan sebenarnya.nak kata ada masalah, xde pun.nak kata ada org marah aku or caci maki aku, xde pun..aku duk renung sorang2..pegi gelak2 dgn kawan.punn xjalan jgk.feel sedih tu ada lagi..aku kembali merenung diri.ada apa sebenarnya?rindu kat mak ayah ke?ye la almaklum la balik belajar semula setelah tiga bulan bercuti duk ngadap mak ayah hari2 tup2 masuk belajar..mst la rindu kan..tp mslhnye aku dah call mak aku dah..stil xrasa release sgt..stil finding apa yang xkena..

Then aku rasa xleh jadi ni.aku pun try la call member baek aku si Asyda.aku borak2 dgn dia.kot la blh hepi cikit.duk borak2 tu,rasa mcm sayu je dgr suara die.last2 air mata aku mengalir jugak..Allah..rasa mcm ego aku jatuh juga akhirnya utk menangis..dia dgr je aku menangis..bila ditanya sbb aku menangis,aku xtau....yg aku tau time tu nak nangis je.itu je..bila rasa lega tu, aku call pulak member lagi sorang si Afiqah pulak.pergh lagi sekali ego aku terusik utk menangis lagi..mmg rasa sedih je..mslhnye aku TAK TAHU PUNCANYA apa..lepas puas menangis tu, aku kembali tersenyum..

Aku cuba utk istghfar banyak2..mungkin hati ni kosong kot.selalu lalai dgn perkara yang xberfaedah..ramai jgk kawan2 yang cuba tenangkan hati ni..tp aku rasa satu je cara yg berkesan..mungkin hati ni kene isi dgn pengisian rohani.. *Allah..mungkin aku lalai selama ini dlm mencari keredhaan mu :'(

Kata kuncinya, Al-Quran la penyelesaiannya..tu la sumber ketenangan jiwa..

Wassalam :)

dr kiri: afiqah, asyda, aku yg kdg2 comel
Kawan susah senang bersama :)

Monday, September 3, 2012

PicsArt yg Awesome!

Assalamualaikum..
Mud dtg lg mud dtg lg yey!haa..tetibe rase mud nk hapdate blog.oh men..begitu lame aku tercari-cari kemana hilangnye mud yg aku cari selama ni..akhirnye.. *memandang bangga ke langit sambil memegang secawan kopi kapal api*

Ok kali ni aku nk story psl satu software editing lg..hah sblm ni aku ade jgk story mory psl edit mengedit ni.hah mst korang xtau pn kan?neber mind neber mind~ *sad* ha sblm ni aku intro sikit2 je psl EDITMANIA.aku dok story psl mende alah yg aku salu gune utk edit2.ha nah!kali ni aku mcm bru ter-exited kan sesuatu!iaitu...........

Tadaaa!! *mohon korang terkejot


Haa..aku tau..mst korang tau ni mende alah ape kan.aku je yg mcm baru nak excited.hee..for those yg xtau,ni ialah Application edit gambo supaya pic korang yg hampeh meletop akn menjadi semakin MELETOP.hah nama nye ialah PicsArt..ermm..aku duk godek2 app ni kat fon je sbb aku ase die mmg app utk android.aku xtau la kalau2 ade software utk PC ke..ade sape2 yg tau x?kalau ade lg bagus.xyah la kau nak ngadap sorang2 edit gambo kat fon pastu menjerit tanda puas dgn hasil editing kau.pastu mak kau jerit 'dah kau ni knp timah dok jerit2?!' x ke naya idup kene sound mcm tu.

Cantik x model tu?ok sila abaikan~
Ha ni la rupa mula2 bila kau masukkan pic.ade la beberapa tools die kat situ.eh jgn runsing jgn pening.explore la satu2.mcm2 ado...
Haa yg ni kau blh wat tambah2 effect nk mcm mana.ikut suka perut limpa kau sendiri 

Agak2 nak lg meletop,kau boleh tambah kesan sampingan
ada macam-macam lagi kau boleh buat.seronok weh main edit-edit ni.aku rase puas la jugak kalau mengadap mende alah ni je.

Ha kalau rasa nak tambah2 dialog,pun boley.xde sape nak mara aihhh

ha amacam?kalau yg minat edit maybe interesting la kot.aku mmg minat mende2 gini.xtau knp.huhu..


Haa..ni la hasil akhir aku buat.xde la gempak mana pn.muahaha..aku xsuka nak crowded sgt.simple2 je..bila penuh2 sgt nnt jd rosak gambo sbnr..anyway,first time gune app ni.so ini jela aku dpt tunjukkan.hehe..kalau aku nak edit lebih serius,mcm pic kat bawah ni..


Ok sampai sini saje.saje nak share apa yg aku dpt.hee..korang kalau ade software edit yg best2 kasi share la ye.. :)


Thursday, August 23, 2012

Oh my raya!

Assalamualaikum..

Dam dam dum!bunyi mercun..haa..stil suasana raye kan..hehe..dgn kesempatan ini aku nak mengucapkan selamat hari raye kat kamu2 semua..amacam raye?ade baik ka?aku.. (eh2,mud raye..kene baik ckit) sy nak mohon ampun dan maaf ye kwn2 semua ni if ade slh dan silap..kdg2 xperasan wt salah..kite kan manusia biasa :)

Demam yg menyebabkan aku ternganga
Hah hari ni raye ke berape eh..tetibe mcm blur plak..raya aku taun ni biasa2 je.noting spesel..byk duk rumah tunggu org masuk meminang datang beraya je..mostly kwn2 je byk dtg rumah.aku jrg nak kluar.sbb kau bygkn raya pertama dgn kedua aku demam.oh men..aku rasa katil je plg bes disaat itu.da sihat demam kene pulak ulser dlm mulut..hadehh..xkasi mkn ketupat ke hape?!aku redo..aku redo.. T_T


bile dah rasa bajet bes.kih2

Raya korang mcm mana pulak?kasi share la..hah cer tinggalkan jejak korang.tetibe aku rase nak blogwalking nk usha kisah raya korang pulakkk :D