Saturday, September 29, 2012

‎30 Perkara Perempuan tak Sempat Bagitau Lelaki

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diriwanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akanlakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan i! ni dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

*saje nak berkongsi apa yg aku dapat ^_^

Thursday, September 13, 2012

Hati perempuan mmg sgt lembut kan?


Pernah tak korang rasa hati ni sayu sangat..rasa nak menangis je..penah x? *soalan khusus utk kaum hawa
Semalam aku rasa perasaan mcm ni..sayu sgt2..sedih je..xtau knp..mula-mula igt nak tahan je.rasa mcm xkacak je menangis.tp apa kan daya..aku seorang wanita yang hatinya sangat lembut..


Jenuh aku fikir kan.apa yang aku sedihkan sebenarnya.nak kata ada masalah, xde pun.nak kata ada org marah aku or caci maki aku, xde pun..aku duk renung sorang2..pegi gelak2 dgn kawan.punn xjalan jgk.feel sedih tu ada lagi..aku kembali merenung diri.ada apa sebenarnya?rindu kat mak ayah ke?ye la almaklum la balik belajar semula setelah tiga bulan bercuti duk ngadap mak ayah hari2 tup2 masuk belajar..mst la rindu kan..tp mslhnye aku dah call mak aku dah..stil xrasa release sgt..stil finding apa yang xkena..

Then aku rasa xleh jadi ni.aku pun try la call member baek aku si Asyda.aku borak2 dgn dia.kot la blh hepi cikit.duk borak2 tu,rasa mcm sayu je dgr suara die.last2 air mata aku mengalir jugak..Allah..rasa mcm ego aku jatuh juga akhirnya utk menangis..dia dgr je aku menangis..bila ditanya sbb aku menangis,aku xtau....yg aku tau time tu nak nangis je.itu je..bila rasa lega tu, aku call pulak member lagi sorang si Afiqah pulak.pergh lagi sekali ego aku terusik utk menangis lagi..mmg rasa sedih je..mslhnye aku TAK TAHU PUNCANYA apa..lepas puas menangis tu, aku kembali tersenyum..

Aku cuba utk istghfar banyak2..mungkin hati ni kosong kot.selalu lalai dgn perkara yang xberfaedah..ramai jgk kawan2 yang cuba tenangkan hati ni..tp aku rasa satu je cara yg berkesan..mungkin hati ni kene isi dgn pengisian rohani.. *Allah..mungkin aku lalai selama ini dlm mencari keredhaan mu :'(

Kata kuncinya, Al-Quran la penyelesaiannya..tu la sumber ketenangan jiwa..

Wassalam :)

dr kiri: afiqah, asyda, aku yg kdg2 comel
Kawan susah senang bersama :)

Monday, September 3, 2012

PicsArt yg Awesome!

Assalamualaikum..
Mud dtg lg mud dtg lg yey!haa..tetibe rase mud nk hapdate blog.oh men..begitu lame aku tercari-cari kemana hilangnye mud yg aku cari selama ni..akhirnye.. *memandang bangga ke langit sambil memegang secawan kopi kapal api*

Ok kali ni aku nk story psl satu software editing lg..hah sblm ni aku ade jgk story mory psl edit mengedit ni.hah mst korang xtau pn kan?neber mind neber mind~ *sad* ha sblm ni aku intro sikit2 je psl EDITMANIA.aku dok story psl mende alah yg aku salu gune utk edit2.ha nah!kali ni aku mcm bru ter-exited kan sesuatu!iaitu...........

Tadaaa!! *mohon korang terkejot


Haa..aku tau..mst korang tau ni mende alah ape kan.aku je yg mcm baru nak excited.hee..for those yg xtau,ni ialah Application edit gambo supaya pic korang yg hampeh meletop akn menjadi semakin MELETOP.hah nama nye ialah PicsArt..ermm..aku duk godek2 app ni kat fon je sbb aku ase die mmg app utk android.aku xtau la kalau2 ade software utk PC ke..ade sape2 yg tau x?kalau ade lg bagus.xyah la kau nak ngadap sorang2 edit gambo kat fon pastu menjerit tanda puas dgn hasil editing kau.pastu mak kau jerit 'dah kau ni knp timah dok jerit2?!' x ke naya idup kene sound mcm tu.

Cantik x model tu?ok sila abaikan~
Ha ni la rupa mula2 bila kau masukkan pic.ade la beberapa tools die kat situ.eh jgn runsing jgn pening.explore la satu2.mcm2 ado...
Haa yg ni kau blh wat tambah2 effect nk mcm mana.ikut suka perut limpa kau sendiri 

Agak2 nak lg meletop,kau boleh tambah kesan sampingan
ada macam-macam lagi kau boleh buat.seronok weh main edit-edit ni.aku rase puas la jugak kalau mengadap mende alah ni je.

Ha kalau rasa nak tambah2 dialog,pun boley.xde sape nak mara aihhh

ha amacam?kalau yg minat edit maybe interesting la kot.aku mmg minat mende2 gini.xtau knp.huhu..


Haa..ni la hasil akhir aku buat.xde la gempak mana pn.muahaha..aku xsuka nak crowded sgt.simple2 je..bila penuh2 sgt nnt jd rosak gambo sbnr..anyway,first time gune app ni.so ini jela aku dpt tunjukkan.hehe..kalau aku nak edit lebih serius,mcm pic kat bawah ni..


Ok sampai sini saje.saje nak share apa yg aku dpt.hee..korang kalau ade software edit yg best2 kasi share la ye.. :)


Thursday, August 23, 2012

Oh my raya!

Assalamualaikum..

Dam dam dum!bunyi mercun..haa..stil suasana raye kan..hehe..dgn kesempatan ini aku nak mengucapkan selamat hari raye kat kamu2 semua..amacam raye?ade baik ka?aku.. (eh2,mud raye..kene baik ckit) sy nak mohon ampun dan maaf ye kwn2 semua ni if ade slh dan silap..kdg2 xperasan wt salah..kite kan manusia biasa :)

Demam yg menyebabkan aku ternganga
Hah hari ni raye ke berape eh..tetibe mcm blur plak..raya aku taun ni biasa2 je.noting spesel..byk duk rumah tunggu org masuk meminang datang beraya je..mostly kwn2 je byk dtg rumah.aku jrg nak kluar.sbb kau bygkn raya pertama dgn kedua aku demam.oh men..aku rasa katil je plg bes disaat itu.da sihat demam kene pulak ulser dlm mulut..hadehh..xkasi mkn ketupat ke hape?!aku redo..aku redo.. T_T


bile dah rasa bajet bes.kih2

Raya korang mcm mana pulak?kasi share la..hah cer tinggalkan jejak korang.tetibe aku rase nak blogwalking nk usha kisah raya korang pulakkk :D

Thursday, August 16, 2012

Raye dolu2 dpt kad raye..

Assalamualaikum..
Alkisah..smlm aku berkemas-kemas bilik yg xberapa nk rupa bilik..lps tu kan..terjumpa la satu peti yg berisi..haa..bukan berisikan harta karun tp harta khazanah aku dolu2..hah!duk saspen bukak peti tu, terjumpa pulak kad raya zaman dulu kala..Bile aku nampak je kad2 raya yg sweet tu,terus tersengih2..hehe..comelnye zaman dulu2 maen2 antar kad raya..



Haa..kau tgk sweet x zaman kanak2 aku?hee..asal nak raya je,msg2 dah kalut mintak alamat kwn2.bile lg bape hari nak raya, aku tau org palingg busy sekali time tu mst pakcik posmen.kompem!hari2 ade je pacik posmen dtg umah.aku tgl jerit 'makaceh pacik pocmen!' kalau bukan aku yg amek sndiri kad tu, mst mak aku yg jerit kan utk aku 'adik!ni ha ade kad lg!'

Kalau zaman sekarang, aku rasa org plg relax sekali pacik posmen.sbb dia da xyah kalut nak bg kad2 raya kat org dah. die sebok antar brg2 tempahan online je kat umah2 org.surat menyurat?aku rase kurang dah kot..org la ni guna email je..wish raya?jgn harap nk jumpa bdk2 guna kad2 lg la der..jarang dah nk jumpe..cuba kau pikir ape perasaan amoi2 yg jual kad2 raye kat kedai tu?huh mst la sadis.kad raya dah xlaku.xpikir kilang yg wt kad2 tu lg..Oh men..seddih okkeh..bdk2 skg nk wish raya plg2 pun wish kat Tweeter dgn FB je..


Bila dingat-ingat zaman dulu2 mmg bes..alahai rindu pulok rase..zaman aku duk hostel dulu xde pun mende alah FB sume2 bagai..so kalau dulu2 rase bengang ngan sape2 hantar surat je..surat layang..letak bwh meja org tu kat kelas die *nmpk sgt mcm biasa buat.aku xpenah buat.aku ckp berdasarkan apa yg aku nmpk..hee* kalau zaman la ni, bengang dgn org tu, tgl update status je tanda bengang.wohoii..aku baca pn rasa gerun..zaman da berubah.. *adakah ini menunjukkan aku semakin matang??*

Ha mcm tu la alkisah nye..zaman da berubah..skrg xmcm dolu2 yg sweet..tetibe terfikir..time update entri ni adakah aku semakin tua?oh tidakk..haha..ok la..sampai sini saje kot... :)


apa2 pun,ini kad plg sweet aku penah dpt..kih3


Thanks for reading this entry :)

Sunday, August 12, 2012

Abg hero kirim slm balik

Assalamualaikum..

Seperti yg korang tahu, aku kn ada sorang abg yg spesel kann..alaa Abang Hero yg kat entri sebelum ni tuu..sebenarnya die xtahu pun aku duk cerita pasal die..kang die kembang semangkok lantas terharu.so aku menyampah nk lalui saat2 itu.haha.. (ego kan ego kan?) biar aku cerita yg aku bangga ada abg mcm dia.kalau dia tahu aku pulak yg jd malu kan pastu nnt mula la sengih2 bila pandang aku..saje nak share kegembiraan aku dgn kamOo2 semua ni..hehe

Semalam tiba-tiba aku rasa nak bagitau die yg korang2 ni bangga dgn bakat yg dia ada.nak2 ramai yg kirim salam kat die kan..aku pun terus terang la yg aku ceritakan pasal dia dkt blog yg cantik xseberapa ni..rupa-rupanya.....dia dah tahu! oh no..aku xtau la dia tau dr mana.aku punn sengih2 kerang je kat die.pastu buat muka bajet cute sambil buat peace~kih3

Dia cakap dia dah bace dah komen2 kat entri tu..walaupun ade certain word yang die xphm tp aku dah terangkan dgn comelnye kat die dah..dia terharu korang bg kata2 semangat kat dia..dia igtkan xde org nak suka kat die..aku senyum je..aku ckp kat die 'xbaek tau ckp mcm tu fatah..diorang semua suka fatah.fatah pandai lukis..' die pun senyum jugak..die suke la tu gamaknye..hoho

Terima kasih krn mendoakan sy ye kamu2 semua :)  *ini fatah punye dialog

ok tu je nak ckp..dgn ini aku nk ckp..yang abg hero aku si fatah tu KIRIM SALAM BALIK kat korang2 yg kirim salam kat die tu..dia kata terima kasih.moga Allah membalas budi kamu2 yg mendoakan die :')



Thursday, August 9, 2012

Kisah Peribahasa dgn ank buah aku

Assalamualaikum~~

Minggu lepas aku tidur umah abg aku kat Nilai.Tengah duk lepak2 tu aku tgk la ank buah aku duk kalut siapkan keje rumah die.subjek BM..

'Adik..adik watpe ni?wahhh rajinnye dieee!kene tulis dlm diari ni adk rajin dalam sejarah'

'eeee maksu ni.jgn kacau la.nk siapkan cepat ni..nak main game.maksu gi maen jauh-jauh'

(erk..cis punye bdk~)

So terpaksa la usha-usha dr jauh.kang dijentiknye aku x ke naya jadinye.Lepas bape minit,ank buah aku tanya..

'err...maksu..kenapa Harapkan pagar,pagar makan padi??'

(buat2 xtau.td sombong sgt!)

'maksu, dgr cite maksu ni kurus dan comel.betul ke?'

'haa mane xpaham td?meh nk ajarkan..'

(cis punye ank buah.pandai membodek!)

'ni haa..knp harapkan pagar,pagar mkn padi?'




'haaa...nk tau sbb pe?sbb pagar tu lapar..haritu die pg pasar nk beli beras, beras habis.die tanya maksu blh ke mkn padi?maksu ckp blh ape slhnye..tu die mkn padi tu.die igtkan padi tu blh cicah  dgn sambal..' *muke confiden abes time ni

'ooo..sudah jatuh ditimpa tangga pulak?'

'die xnk naik lif,nk jugak guna tangga.hah padan muka sbb jatuh!' *time ni aku ckp dgn penuh emosi

'hujan emas dinegeri org,hujan batu dinegeri sendiri?'

'haa itu sbb hujan xnk berhenti dr minggu lps.xtengok ramalan kaji cuaca kan.sbb tu la jd macam tu'

'oooo..maksu ni terer la!'

aku mmg gelak xbenti2 tgk die pecaye je ckp aku.then aku terangkan maksud sbnrnye kat die :D

Budak ni suke panggil aku maksu bengong time kecik2.eh bukan aku yg ajar la!die yg ckp sndri.sdp je menuduh tau.. *bajet korang tuduh aku dlm hati.

P/S:perbuatan ini adlh sgt tdk baik ye ank2..sile jgn contohi ia~